DAP Dakwa MCA Manipulasi Isu Pembelajaran Jawi | Malaysia News
May 11, 2021

DAP dakwa MCA manipulasi isu pembelajaran Jawi

MTN – DAP mendakwa MCA telah memanipulasi pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular, sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat dan kumpulan tenaga pengajar ketika Pakatan Harapan mentadbir negara pada 2019.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke mendakwa MCA telah menggerakkan lembaga sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara pada 2019.

“Kenapa pada ketika tu menjadi isu besar? Tentangan besar?

“Ia sebab MCA yang mainkan isu ni di belakang mereka,” katanya ketika sesi wawancara disiarkan secara langsung yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara.

“Ketika itu mereka menggerakkan semua lembaga pengelola dan PIBG sekolah Cina, setiap sekolah Cina buat kain rentang, berdemo dan sebagainya.

“Kononnya boleh mengubah karakter sekolah Cina, kalau bahasa Jawi masuk,” katanya.

Loke berkata MCA kemudian berdiam diri selepas parti itu turut menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan setelah kejatuhan PH.

Dah tak jadi isu bila PH bukan k’jaan

“Hari ni, mereka dalam kerajaan, tak timbul isu tu… Saya nak tanya adakah tulisan Jawi tiga muka surat itu dah hilang dah dalam buku teks sekarang,” soalnya.

“Maksud saya ia ada dalam buku teks kan, tapi hari ni ia tak menjadi isu walaupun sudah dicetak dalam buku teks tu.

“Ia tak menjadi isu kepada sebahagian masyarakat Cina lagi, dan tak timbul lagi Dong Jiao Zong keluar buat demonstrasi.

“Satu tahun saya tak mendengar isu ini. Padahal semasa kita (PH) menjadi kerajaan, inilah dijadikan isu.

“Isu ini menjadi double-edge sword kepada kita – di sebelah pihak ada mengatakan kita tak menjaga Cina tetapi di sebelah pihak kata tengoklah kalau DAP dalam kerajaan (cuma) tiga muka surat (pelajaran tulisan) Jawi dilaksanakan,” jelasnya pada masa sama terdapat pihak yang menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Advertisement

Bagaimanapun menurut ahli parlimen Seremban itu lagi, isu itu tidak lagi dibangkitkan apabila PH tidak lagi menjadi kerajaan.

“Itu menunjukkan bahawa isu-isu seperti ini ada orang yang memainkan. Kalau tak ada pemain politik yang nak menghidupkan atau nak mainkan isu seperti ini, ia tak menjadi isu.

“Kebanyakan polemik dalam negara ini, isunya dimainkan oleh orang politik untuk kepentingan politik… Kalau kita berhujah dengan rasional – menerangkan dengan baik, tak ada masalah bagi saya. Isu seperti ini tak sepatutnya menjadi masalah kepada kita,” katanya.

Pada pertengahan tahun 2019, didapati bahawa kerajaan PH ketika itu bersetuju untuk meneruskan pelan pentadbiran sebelumnya untuk memperkenalkan seni khat atau kaligrafi Melayu ke dalam subjek Bahasa Malaysia tahun 4.

Keputusan itu mendapat bantahan sekeras-kerasnya dari beberapa pihak bukan Melayu, kerana percaya tindakan itu berkaitan dengan Islamisasi dan akan membebankan anak-anak mereka.

Menteri pendidikan ketika itu, Maszlee Malik pada mulanya enggan mengalah dengan keputusan yang dibuat, dengan menjelaskan bahawa khat adalah sebahagian daripada warisan Melayu dan pelajaran hanya melibatkan enam halaman di buku teks.

Akhirnya, kerajaan PH berdepan dengan tekanan dan beralih daripada pengenalan kepada khat kepada pengenalan kepada Jawi, yang hanya melibatkan tiga halaman.

Sekolah vernakular mempunyai pilihan untuk memilih mempelajari ketiga-tiga halaman tersebut melalui jumlah sokongan daripada ibu bapa.

Pada Julai lalu, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata kerajaan akan mengkaji semula perkara tersebut. [mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •