Debat Anwar-Najib 12 Mei ini, membabitkan isu Sapura
Debat Anwar-Najib 12 Mei ini, membabitkan isu Sapura
Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) pada 12 Mei ini.
Debat membabitkan dua tokoh negarawan itu akan dibuat secara fizikal dan siaran langsung melalui televisyen tempatan dan media sosial.
Editor Malaysia Gazette, Haslina AR Kamaludin dipilih menjadi moderator debat tersebut.
“Debat Perdana ini akan dapat disaksikan secara langsung sama ada melalui saluran media-media yang akan diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tunku Canselor di atas jemputan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Maklumat terperinci berhubung kehadiran fizikal akan diumum kemudian.
“Sebelum Covid-19, dewan ini boleh muat 3,000 orang, namun sekarang kapasiti 500 orang sahaja mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kehadiran secara fizikal berdasarkan jemputan di mana satu pertiga daripada pihak Anwar, satu pertiga daripada pihak Najib dan satu pertiga lagi tetamu kehormat serta media rakan kongsi kita serta orang ramai,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam sidang media bersama di Pusat Konvensyen Connexion, Lembah Pantai, di sini, hari ini.
Menurut Isham, format Debat Perdana akan merangkumi tiga bahagian, membabitkan isu Sapura, masa depan Malaysia dan sesi soal jawab.
“Pertama berhubung permasalahan yang dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy serta sama ada ianya perlu diselamatkan atau tidak.
“Kedua berhubung Masa Depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.
“Ketiga sesi soal jawab. Kami percaya ramai yang menantikan Debat Perdana ini,” katanya.
Fahmi pula berkata, debat seumpama itu akan memperbaiki persepsi rakyat yang berpandangan serong terhadap ahli politik khususnya ahli Parlimen.
“Bila kita anjur debat perdana ini secara terbuka corak politik akan lebih matang, boleh berbeza pandangan tapi tidak sehingga dendam kesumat.
“Bagaimana Anwar boleh bersetuju untuk berdebat sedangkan beliau ketika masuk penjara Najib jadi perdana menteri ketika itu.
“Kami percaya acara ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan meraikan idea, hujah serta pandangan berbeza, dalam suasana aman yang mencerminkan budaya berpolitik yang lebih matang,” katanya.
Fahmi dan Isham memberi jaminan keselamatan sepanjang sesi debat itu akan diutamakan dan mengelakkan sebarang unsur provoaksi.
“Kita mendepani musuh politik dengan persaingan yang sihat.
“Untuk elak provokasi kita ada aspek keselamatan dan kita akan usahakan secara profesional,” kata mereka lagi. [MG]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanDecember 13, 2024Nabila Razali amalkan zikir permudah bersalin
- NationalDecember 13, 2024Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir
- SukanDecember 12, 2024Harimau Malaya menang tipis 3-2
- NationalDecember 12, 2024Universiti Malaya lancarkan Allianz Centre for Governance