Rafizi Ramli Gesa PH Henti Cari 'khemah Baru' Saat Keadaan Jadi Sukar | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
Rafizi Ramli - PKR

Rafizi Ramli gesa PH henti cari ‘khemah baru’ saat keadaan jadi sukar

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata gabungan Pakatan Harapan tidak seharusnya mencari “khemah baru” pada saat keadaan politik menjadi semakin sukar.

Rafizi mengulas desakan komponen PH, DAP dan Amanah yang mencadangkan pendekatan “khemah besar” bagi menggabungkan parti pembangkang lain ke dalam gabungan pembangkang.

Rafizi yang memperkenalkan pasukan calonnya untuk pemilihan PKR, berkata PH harus percaya kepada kebolehan mereka sendiri dan keupayaan sekutu mereka.

“Macam mana dulu 2008 kamu boleh yakin, 2013 boleh yakin dan 2018, tapi 2022 tak yakin pula.

“Memang ada turun naik. Dan turun naik ada disebabkan oleh PKR, ada disebabkan oleh Amanah dan disebabkan DAP. Yang baik ada dibawa oleh PKR, DAP atau Amanah yang buruk juga begitu.

“Kalau kita betul bersama atas landasan bahawa Malaysia perlu bergerak atas prinsip begini, masa hujan bersama, masa panas pun bersama baru rakyat yakin dan hormat kepada kita,” katanya pada majlis PKR di Setiawangsa, Kuala Lumpur disiarkan secara atas talian di Facebook.

Katanya, jika ada masalah, PH perlu mencari punca sebenar untuk menyelesaikannya.

“Jangan bila panas sikit terus nak cari payung dan khemah yang lain.

“Panas sikit biasalah. Dari panas dia jadi mendung, jadi sejuk. Kita tak boleh lari lah.

“Dia jadi isu apabila kalau kita rasa goyang sikit cari lain. Kita tak cari masalah sebenar, punca sebenar,” katanya.

Rafizi bertegas dia tidak boleh menerima jika terpaksa berkongsi pentas yang sama dengan bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin, yang telah berpaling tadah kepada Bersatu.

Menjelang pemilihan PKR bulan depan, Rafizi telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang akan mengambil kedudukan lebih tegas di tengah-tengah tekanan daripada sekutu PKR.

DAP dan Amanah telah berkali-kali mendesak untuk bergabung dengan parti pembangkang lain seperti Warisan dan Muda, sehinggakan PKR kecewa.

DAP juga mendakwa kegagalan PH menggunakan satu logo telah menjejaskan sokongan gabungan kerana ia menunjukkan kekurangan perpaduan.

Pun begitu, Rafizi mendakwa tinjauan dalaman pihaknya menunjukkan penggunaan logo PKR boleh memenangkan mereka sehingga 10 peratus lebih undi Melayu manakala sokongan dalam kalangan pengundi bukan Melayu tidak akan berubah.

Tambahnya, isu logo hanyalah isu strategi tetapi yang lebih penting ialah soal prinsip. [MK]

Facebook Comments