Demo Tangkap Azam Baki – Polis tutup 6 jalan di KL esok

Demo Tangkap Azam Baki – Polis tutup 6 jalan di KL esok
Enam jalan utama dan stesen terpilih merentasi semua landasan kereta api menghala ke pusat bandar akan ditutup esok sebagai sebahagian daripada langkah polis untuk menghalang perhimpunan bagi mengecam skandal melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata semua trafik akan dilencongkan dari Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail mulai 7 pagi.
“Bagi memastikan keselamatan awam dan ketenteraman awam, termasuk daripada risiko dijangkiti Covid-19, polis akan melakukan beberapa tindakan penguatkuasaan termasuk lencongan jalan raya,” kata Noor Dellhan pada sidang media hari ini.
Noor Delhan berkata semua pengendali rel juga telah diarah menghentikan perkhidmatan di stesen terpilih di sepanjang laluan LRT Ampang-Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, MRT Sungai Buloh, monorel dan KTM.
Stesen LRT termasuk Bandaraya yang menghubungkan terus ke kompleks beli-belah Sogo di mana penganjur merancang untuk mengadakan perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ mulai 11 pagi esok. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



