Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia

Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia
MTN – Perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun, demikian menurut The Walt Disney Company hari ini.
Pengguna boleh melanggan secara terus perkhidmatan ini dengan harga RM54.90 selama tiga bulan, atau melalui pakej khas yang disediakan dengan kerjasama Astro.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata perkhidmatan penstriman menawarkan penonton cara baharu untuk menikmati kandungan yang disukai daripada jenama hiburan syarikat, termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.
selama tiga bulan, atau melalui pakej khas yang disediakan dengan kerjasama Astro.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata perkhidmatan penstriman menawarkan penonton cara baharu untuk menikmati kandungan yang disukai daripada jenama hiburan syarikat, termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.
Menurut pengurus besar Walt Disney di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara David Shin, pelancaran Disney+ Hotstar di Malaysia dengan kerjasama Astro, merupakan kejayaan penting bagi syarikat kerana ia membolehkannya memperluas tapak di Asia Tenggara serta melebarkan penawaran hiburan kepada pengguna di rantau ini.
“Kami sangat gembira dapat memberikan pelbagai jenis kandungan kepada semua peringkat umur melalui platform bertaraf dunia kami, merangkumi yang terbaik daripada jenama Disney dalam pelbagai genre,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Henry Tan berkata: “Pelanggan kami berhak mendapat hiburan yang hebat dan penambahan Disney+ Hotstar dengan rancangan digemari, pengenalan tempatan dan siaran sukan yang tiada tandingan akan menggembirakan mereka”.
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



