Penjelasan Azira Shafinaz kenapa De Fam jarang keluar Lagu


Penjelasan Azira Shafinaz kenapa De Fam jarang keluar Lagu
Kuala Lumpur, MTN – Penyanyi dan anggota De Fam, Azira Shafinaz mengatakan setiap anggota kumpulan itu kini sibuk dengan kerjaya solo masing-masing.
Namun menurut Azira, dia dan dua lagi anggota De Fam iaitu Cik Manggis dan Sophia Liana sedang mengambil masa untuk melakukan yang terbaik dalam lagu seterusnya.
“Kami sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, namun pada masa yang sama, kami sedang mengambil masa sebagai persediaan untuk melakukan yang terbaik dalam lagu akan datang.
“Kalau boleh, setiap lagu yang kami keluarkan itu terbaik sebagaimana kami mengeluarkan lagu Super Girl dahulu.
“Kami mahu peminat mempunyai rasa yang sama sebagaimana mereka menyukai lagu kami sebelum ini,” katanya kepada Gempak.
Azira berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program TV, baru-baru ini.
Tambah Azira, kumpulannya itu akan tampil berbeza dan lebih matang selepas ini.
“Dalam lagu selepas ini, kami akan tampilkan perbezaan dan lebih matang, dari situ, peminat masih boleh nampak kebolehan De Fam.
“Kadang-kadang ramai yang tertanya kenapa kami jarang keluarkan produk, hal yang sebenar adalah kami mahu menjaga kualiti lagu-lagu kami,” katanya lagi.
De Fam ditubuhkan sekitar tahun 2015 dan berjaya membina populariti sehingga kini. [AA]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar