Sementara itu, Mahathir turut mengulas mengenai pertemuan 30 minit dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.
Beliau berkata Anwar membangkitkan dakwaan menteri menyalahgunakan kuasa dan memberikan projek untuk mendapatkan sokongan politik.
Mahathir berkata, walaupun menteri mempunyai hak memperuntukkan projek di kawasan masing-masing, mereka tidak perlu berbuat demikian di kawasan lain.
“Tapi tak payahlah pergi kawasan-kawasan lain,” katanya ketika ditanya sama ada dakwaan itu dikaitkan dengan pertemuan Azmin dengan anggota parlimen Umno.
Berikutan pertemuan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dimaklumkan bahawa perbincangan itu bagi menyalurkan projek-projek kerajaan ke kawasan anggota parlimen berkenaan.
Bagaimanapun, Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Kamarudin Jaafar, yang turut hadir pada mesyuarat itu, berkata perbincangan tersebut berkisar mengenai masa depan dan perpaduan negara, mengurangkan ‘politiking’ serta taklimat mengenai Dasar Kemakmuran Bersama.
Azmin sementara itu menyifatkan perjumpaan itu sebagai pertemuan biasa.
Spekulasi bertiup kencang bahawa walaupun Mahathir berjanji menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar, Azmin juga bersaing untuk merebut jawatan itu.
Spekulasi itu juga mendakwa Azmin adalah pilihan utama bagi Mahathir dan individu yang rapat dengan perdana menteri itu.
-MalaysiaKini
1 thought on “DR Mahathir: “Hak Azmin Jumpa Sesiapa Saja””