Dr Mahathir: ‘Saya Tak Tahu Keluarga Zeti Terlibat Penerimaan 1MDB’ | Malaysia News

Dr Mahathir: ‘Saya tak tahu keluarga Zeti terlibat penerimaan 1MDB’

Dr Mahathir: ‘Saya tak tahu keluarga Zeti terlibat penerimaan 1MDB’

Dr Mahathir: ‘Saya tak tahu keluarga Zeti terlibat penerimaan 1MDB’

Shah Alam, MTN – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak mengetahui dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz terlibat dengan penerimaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Malaysiakini pada Jumaat, Dr Mahathir berkata, beliau melantik Zeti sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada tahun 2018 berdasarkan pengalaman dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pegawai bank.

“Saya tak tahu, saya tak tahu. Tetapi Zeti menunjukkan prestasi yang sangat bagus sebagai pegawai bank. Sebagai pegawai bank pusat, dia dikenali di seluruh negara. Saya lantik seseorang yang sangat terkenal.

“Saya tak tahu berkenaan dengan anak dia apa semua itu. Itu hal dialah. Tetapi sebagai pegawai bank pusat, dia antara yang terbaik kita pernah ada untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau tahu mengenai dakwaan bahawa wang 1MDB disalurkan ke akaun yang dikendalikan suami Zeti, Datuk Dr Tawfiq Ayman, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau memang ada berhubung dengan Zeti sejak Datuk Seri Najib Razak masih lagi menjadi Perdana Menteri.

Beliau turut mendakwa Zeti pada ketika itu mahu mengambil tindakan ke atas Najib tetapi rancangan tersebut tidak berhasil.

Pada Khamis, polis mengambil keterangan suami dan anak kepada bekas Gabenor Bank Negara itu di Menara KPJ, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, ia bertujuan membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. [SH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply