Parlimen perlu bersidang susulan Gelombang keempat COVID-19

Parlimen perlu bersidang susulan Gelombang keempat COVID-19
Kuala Lumpur, MTN – Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang gesa Parlimen bersidang untuk membahaskan strategi terbaik susulan risiko gelombang keempat COVID-19.
Katanya, Malaysia tidak sepatutnya terus melakukan kesilapan dalam memerangi wabak ini dengan prestasi terburuk.
“Sebulan yang lepas, saya telah cadangkan kepada Kabinet untuk mencari jawapan kepada dua permasalahan, mengapa Malaysia berhadapan dengan gelombang penularan COVI-19 terpanjang di dunia dan bagaimana untuk menjayakan program vaksinasi COVID-19 menjelang sambutan Hari Malaysia.
“Namun perkara ini tidak diendahkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kegagalan untuk mengawal penularan gelombang ketiga wabak COVID-19 dengan menurunkan kadar peningkatan harian ke julat dua angka seperti pada bulan Ogos tahun lepas dan berdepan risiko gelombang keempat membuktikan kegagalan strategi ketika ini.
Kit Siang turut mendakwa Proklamasi Darurat dan penggantungan sidang Parlimen yang dilakukan bukanlah satu tindakan yang dibuat berasaskan sains, tetapi berasaskan politik, kononnya untuk melawan wabak COVID-19 dalam negara kita. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu



