Mahathir

Dr Mahathir: Umno tiada lagi masa depan, buat apa undi calon mereka?

Mahathir

“Saya yakin Umno tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen di Cameron Highlands tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) juga mendakwa tokoh utama parti pembangkang itu, termasuk pemangku presidennya Datuk Mohamad Hasan, juga ingin bekerja sama dengan kerajaan. 

 

“Ramai orang parti Umno jumpa saya termasuk Mohamad Hasan, [presiden Umno] Ahmad Zahid Hamidi jumpa juga nak kerjasama,” kata Dr Mahathir seperti dilaporkan Malaysiakini.  

Perdana menteri juga menyatakan ramai penyokong dan pemimpin parti lawan ingin menyertai partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga parti lain dalam PH

 

“Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada Umno, Umno tidak ada apa-apa lagi,” katanya.

Dr Mahathir baru turun berkempen hari ini dalam usaha PH meraih undi untuk merampas kerusi Cameron Highlands yang sebelum ini dikuasai Barisan Nasional (BN). 

Namun calon BN Ramli Mohd Noor, keturunan Orang Asli, mendapat dukungan kuat Umno dan PAS walau kerusi itu asalnya ditandingi pemimpin MIC. 

Sumber: https://www.imm.today/analyze/dashboard/news/tid/30766

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Post Author: atukdalang

Leave a Reply