Dr Maszlee dijangka menyertai PKR esok

Dr Maszlee dijangka menyertai PKR esok
MTN – Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dijangka menyertai PKR esok.
Menurut sumber daripada PKR Simpang Renggam, penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Esok Maszlee akan serahkan 500 borang keahlian baru (kepada Anwar). Sebanyak 20 ranting baru (PKR) akan ditubuhkan di Simpang Renggam,” kata sumber itu.
Terdahulu, terdapat poster yang memaparkan Anwar dan Maszlee akan menyertai satu program di Simpang Renggam esok.
Dalam poster itu, Maszlee dilihat mengenakan pakaian dengan lambang PKR.
Maszlee sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai Bersatu untuk bertanding dalam PRU14.
Dia merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH, seterusnya meruntuhkan pentadbiran yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.
Sementara pemimpin yang lain bersama-sama Mahathir menubuhkan Pejuang, Maszlee ketika itu memutuskan untuk menjadi ahli parlimen bebas.
Pada masa sama, dia turut menjadi pengerusi jawatankuasa pendidikan PH.
Dia menjadi menteri pendidikan ketika pentadbiran PH sebelum diminta letak jawatan oleh Mahathir pada Januari 2020. [MK]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia