DS Anwar Ibrahim, Dr M, Pemimpin Warisan, PH Bertemu Di Ibu Pejabat PKR | Malaysia News
May 11, 2021

DS Anwar Ibrahim, Dr M, pemimpin Warisan, PH bertemu di ibu pejabat PKR

Sedang berlangsung mesyuarat DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir bersama Pakatan Pimpinan PH dan Warisan. Satu keputusan besar dijangka bakal disepakati petang ini, semoga Allah permudahkan urusan mereka.

 

Dr Mahathir Mohamad, Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan sedang bermesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

 

Ini kali kedua Mahathir berkunjung ke ibu pejabat PKR dan buat Shafie ia pertama kali dilakukannya.

PKR ditubuhkan pada tahun 1999, antaranya untuk mendesak Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri ketika itu.

 

Ahli parlimen yang setia kepada Mahathir, Warisan dan PH dipercayai sedang merancang untuk membentuk kerajaan baru.

 

Sejauh ini telah berlaku serangkaian pertemuan antara pelbagai pihak untuk perbincangan politik semasa.

 

UPDATE:

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU, WARISAN

9 Jun 2020

Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YAB Datuk Seri Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (WARISAN)

 

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •