Farah Ann Tidak Akan Ke Mana-mana Sebelum Divaksin - Shu Wai | Malaysia News

Farah Ann tidak akan ke mana-mana sebelum divaksin – Shu Wai

Farah Ann tidak akan ke mana-mana sebelum divaksin – Shu Wai

Farah Ann tidak akan ke mana-mana sebelum divaksin – Shu Wai

MTN – Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi tidak akan ke mana-mana selagi atlet itu tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19, tegas ketua jurulatih gimnastik artistik wanita negara Ng Shu Wai.

Walaupun menyedari hanya berbaki lima bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo berlangsung, Shu Wai tetap mahu memastikan keselamatan kesihatan atletnya dijaga sebelum dibenarkan bertanding.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai tarikh suntikan untuk gimnas berusia 26 tahun itu.

“Saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menghantar Farah Ann ke mana-mana pertandingan sehingga beliau mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Sementara itu, Shu Wai berkata biarpun tidak menyertai mana-mana pertandingan di peringkat global, Farah Ann sentiasa bersemangat tinggi dan tidak sabar untuk mempamerkan aksinya di temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

“Beliau kini sedang memberi fokus kepada program Road To Tokyo dan dalam fasa terakhir persiapan ke Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Farah Ann mengesahkan tiket ke Olimpik Tokyo selepas mencatat keputusan memberangsangkan di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman, sekali gus menamatkan penantian selama 20 tahun untuk melihat gimnas wanita Malaysia beraksi di pentas Olimpik, selepas Au Li Yen pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney.

Kali terakhir gimnas negara beraksi di temasya Olimpik adalah menerusi gimnas lelaki Ng Shu Wai di Athens 2004.
– Bernama

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply