PKPB Di Sarawak Hingga 29 Mac | Malaysia News

PKPB di Sarawak hingga 29 Mac

PKPB di Sarawak hingga 29 Mac

MTN – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 16 hingga 29 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang masih tinggi.

“Serentak dengan itu prosedur operasi standard (SOP) akan ditambah baik dan perinciannya akan diumumkan selepas diwartakan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini pada Jumaat.

jumlah keseluruhan meningkat kepada 12,051 kes dan daripada 173 kes baharu yang dilaporkan, hanya seramai 19 orang atau 10.98 peratus yang telah menunjukkan tanda-tanda dan mengalami tanda-tanda jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Sementara itu, Uggah berkata, kerajaan negeri bersedia untuk membeli vaksin tambahan menggunakan peruntukannya sendiri dan menambah kerajaan Pusat positif terhadap cadangan itu.

Beliau juga mengakui bahawa bilangan jangkitan Covid-19 agak tinggi di rumah panjang dan kampung di kawasan luar bandar selain kaedah kuarantin di kedua-dua lokasi itu tidak lagi diguna pakai setelah didapati kurang efektif.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply