Fiza terpaksa kunci mulut dulu

Fiza terpaksa kunci mulut dulu
MTN – Meski imejnya tercalar dek tuduhan ‘kaki sondol’ dan ‘mata duitan’ pelakon Fiza Halim berkata dia masih belum dapat memberikan kenyataan balas bagi membersihkan namanya itu.
Katanya, tuduhan yang dilemparkan oleh wanita dipercayai bekas adik iparnya itu sudah dibawa ke pihak polis untuk siasatan.
“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan beri apa-apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular tu.
“Hal tu memang masih dalam siasatan polis. Minggu depan insya-Allah saya akan dapat keputusan hasil siasatan,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.
Nama pemilik asal Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim itu mengundang perhatian umum di Twitter sejak minggu lalu selepas wanita terbabit mendakwanya ‘kaki sondol’ serta pemusnah rumah tangga perkahwinan terdahulu bekas suaminya, Aizat Al Jefri.
Pendedahan tersebut menerima pelbagai respons pengguna Internet walaupun tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
Susulan itu, Fiza membuat laporan polis pada 7 Julai lalu di Balai Polis Mutiara Damansara.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu pada masa sama berkata, dia sebenarnya bukan mengelak daripada mengulas situasi sebenar.
Dia bersedia untuk berkongsi maklumat berkaitan kes itu selepas siasatan berakhir.
“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu.
“Biarlah pihak berwajib lakukan kerja mereka dulu. Jika ada sebarang makluman saya akan maklumkan kelak,” katanya. [MK]
Author Profile

Latest entries
EkonomiMay 22, 2025Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar AS$65 setong
EkonomiMay 21, 2025Peningkatan Industri Pendaratan Ikan Tuna di Pulau Pinang
IT & Social MediaMay 20, 2025‘Di sebalik manfaat AI, penjenayah siber juga ambil kesempatan’
NationalMay 14, 2025Aaron – 19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini