Gempa Pasaman 6.2 SR Di Barat Sumatera - Impak Kepada Malaysia Minimum | Malaysia News

Gempa Pasaman 6.2 SR di Barat Sumatera – Impak kepada Malaysia minimum

Gempa 6.1 sr Pasaman Sumatera Barat
Gempa 6.1 sr Pasaman Sumatera Barat

Gempa Pasaman 6.2 SR di Barat Sumatera – Impak kepada Malaysia minimum

Impak daripada gempa bumi berukuran 6.2 pada Skala Ricther yang melanda Pasaman Barat, Sumatera Barat, Indonesia hari ini, terhadap Malaysia adalah minimum, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Menurut Muhammad Helmi jabatan itu turut mengesan dua kali gempa bumi susulan selepas gempa bumi kuat itu, manakala gempa susulan yang dikesan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia setakat pukul 4.50 petang tadi adalah 27 kali.

Katanya, MetMalaysia akan terus memantau dan memaklumkan sebarang perkembangan sekiranya berlaku gempa susulan dan aktiviti seismik di sekitar kawasan terlibat.

“Sehingga kini, maklumat yang diterima menunjukkan impak atau kesan terhadap negara daripada kejadian gempa bumi ini adalah minimal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

MetMalaysia hari ini memaklumkan gempa bumi yang berlaku pada pukul 9.39 pagi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu turut dirasai di kawasan barat Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Pada 12.02 tengah hari, gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter direkodkan di wilayah sama, bagaimanapun kedua-dua gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Angka kematian akibat gempa 6.2 magnitud di Pasaman Barat, Sumatera Barat, meningkat 2 orang menjadikan jumlah keseluruhan 7 orang.

Tambahan 2 korban berasal dari Kecamatan Tigo Nagari, Kabupaten Pasaman.

“Kami hanya menambah dua lagi mangsa yang ditemui mati,” kata Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Pasaman Alim Bazar, Jumaat (25 Feb).

Facebook Comments

Leave a Reply