Rusia Serang Ukraine Susulan Arahan Putin | Malaysia News
February 23, 2024

Rusia serang Ukraine susulan arahan Putin

Rusia serang Ukraine

Rusia serang Ukraine susulan arahan Putin

Tentera Rusia melepaskan peluru berpandu ke beberapa bandar Ukraine dan mendaratkan tentera mereka di pantai selatan negara itu, hari ini, kata pegawai dan media, selepas Presiden Vladimir Putin membenarkan apa yang disebutnya operasi ketenteraan khas di timur.

Tidak lama selepas Putin bercucap di televisyen Rusia, letupan kedengaran di di beberapa kawasan di ibu kota Ukraine Kyiv. Tembakan juga kedengaran berhampiran lapangan terbang utama ibu negara, kata agensi berita Interfax.

“Putin baru sahaja melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine. Bandar Ukraine yang aman diserang,” kata Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba di Twitter.

“”Ini adalah perang menentang kekerasan, Ukraine akan mempertahankan diri dan akan menang.

“Dunia boleh dan mesti menghentikan Putin. Sudah tiba masanya untuk bertindak,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata doanya bersama rakyat Ukraine “kerana mereka mengalami serangan yang tidak beralasan dan tidak wajar oleh pasukan tentera Rusia”.

Interfax Ukraine pula melaporkan Rusia telah melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi tadi.

Menurut laporan itu, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Russia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.

AFP pula melaporkan bahawa wartawannya mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine.

Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer (km) ke selatan sempadan Russia.

Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur.

Ukraine juga bertindak menutup ruang udaranya kepada pesawat awam berikutan pengisytiharan perang itu. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply