Gesa Maklumkan Perkembangan Siasatan Video Seks Sejenis

Haniff Khatri, penasihat undang-undang kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata polis dan Jabatan Peguam Negara perlu memaklumkan kepada orang ramai perkembangan siasatan kes video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Azmin telah menafikan dakwaan yang menuduh dirinya merupakan lelaki yang melakukan aksi seks sejenis dengan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, dalam klip video berkenaan.

“Secara profesional saya nyatakan bahawa selepas tempoh masa lebih lima bulan sejak tercetusnya isu video seks sejenis itu, ia adalah teramat penting agar pihak berkuasa yang terlibat dalam kendalian isu ini, iaitu sama ada pihak siasatan polis mahupun pihak penasihat siasatan Pejabat Peguam Negara, adalah bertanggungjawab untuk keluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan kedudukan siasatan video seks sejenis itu.

“Ini agar prinsip kedaulatan undang-undang diperlihatkan dengan jelas sedang dipatuhi untuk menolak mana-mana persepsi negatif berkaitan kelewatan makluman berhubung siasatan isu ini.

“Saya berharap agar sama ada Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador atau Peguam Negara Tommy Thomas, mahupun kedua-duanya, dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk maklumkan kepada rakyat akan kedudukan terkini siasatan mahupun perkembangan tindakan lanjut berhubung isu video seks sejenis itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haniff bukan satu-satunya penasihat Dr Mahathir yang dilihat berminat dengan perkembangan isu melibatkan Azmin itu.

Penasihat media Dr Mahatahir, A Kadir Jasin pada Jun menyorot isu berkenaan dan memberikan pelbagai contoh menteri yang meletak jawatan atas pelbagai kontroversi.

Julai lalu, polis berkata analisis oleh Cybersecurity Malaysia mengesahkan video itu sahih tetapi berkata ia tidak boleh 100 peratus pasti tentang individu tertentu dalam video itu.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •   
  •  
  •  

Post Author: MTN

Leave a Reply