Gunung Berapi Taal Di Filiphina Meletus Hebat | Malaysia News
September 19, 2024

Gunung Berapi Taal di Filiphina Meletus Hebat

Gunung Berapi Taal di Filiphina Meletus Hebat

Manila, MTN – Gunung Berapi Taal di Filipina mulai memuntahkan lahar, pihak berwenang yang mengeluarkan warning bahawa “letusan berbahaya” mungkin “dalam beberapa jam atau hari”. Pada Senin dini hari lava mulai mengalir keluar dari gunung berapi Taal—yang terletak sekitar 70 km (45 mil) selatan ibukota Manila.

“Gunung berapi Taal memasuki periode hebat yang berkembang menjadi erupsi magmatik pada pukul 02.49 hingga 04.28. Kejadian ini ditandai dengan air mancur lava yang disertai dengan guntur dan kilatan petir,” ungkap Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam sebuah pernyataan, Senin (13/1/2020).

Situasi itu mengakibatkan penduduk dan pelancong di sekitarnya meninggalkan kawasan terbabit bagi menyelamatkan diri.

Setakat ini tiada laporan penduduk serta pelancong mengalami kecederaan atau terkandas di kawasan perkampungan berdekatan.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari pulau kecil gunung berapi Taal yang sering menjadi tumpuan pelancongan berikutan pemandangannya yang cantik.

KIRA-kira 8,000 mangsa dipindahkan ke 38 pusat pemindahan di wilayah Batangas dan Cavite, susulan Gunung Berapi Taal terus memuntahkan asap tebal pada Isnin.

Pada masa sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila, juga terpaksa ditutup sementara malam tadi selepas ia diselubungi debu letusan gunung berapi yang berlaku sejak Ahad.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina (CAAP), operasi penerbangan domestik dan antarabangsa telah dihentikan sementara susulan debu gunung berapi yang menjejaskan jarak penglihatan.

Agensi berita AP melaporkan, walaupun tiada kerosakan atau kemalangan jiwa berlaku, namun pihak berkuasa mengambil keputusan memindahkan ribuan penduduk dari kawasan sekitar gunung berapi tersebut.
Pihak berkuasa mensasarkan lebih 300,000 penduduk sekitar akan dipindahkan ke pekan berhampiran dalam tempoh beberapa hari seterusnya.

Ketua Institusi Kajian Gunung Berapi, Renato Solidum, pada Ahad menaikkan tahap amaran Taal pada peringkat keempat, yang memberi petunjuk letusan merbahaya akan berlaku dalam masa yang singkat.

Peringkat kelima, iaitu tahap tertinggi, membawa maksud letusan gunung berapi akan melanda bila-bila masa, dan mengakibatkan impak pada radius kawasan yang jauh lebih besar.

Selain Lapangan Antarabangsa Manila, Lapangan Antarabangsa Clark juga ditutup ekoran debu gunung berapi yang tebal.

Pihak berkuasa juga dilaporkan berkata, mereka sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengalihkan laluan penerbangan ke lapangan terbang di luar Manila yang tidak terjejas.

Gunung berapi yang terletak 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan telah kembali aktif dan mengeluarkan debu pada petang Ahad.

Situasi itu mengakibatkan penduduk dan pelancong di sekitarnya meninggalkan kawasan terbabit bagi menyelamatkan diri.

Pihak berwenang menaikkan tingkat siaga, dengan memperingatkan bahwa “letusan berbahaya” mungkin akan terjadi dalam beberapa minggu. Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina juga memperingatkan penduduk yang tinggal di dekat gunung itu tentang adanya kemungkinan “tsunami vulkanik.”

Sementara penerbangan ditunda di bandara internasional Manila karena adanya abu vulkanik.

Abu mulai berjatuhan di daerah terdekat pada hari Minggu, dan penduduk disarankan untuk mengenakan masker.

Seorang pria di kota Tagaytay—tempat liburan Filipina yang populer, mengatakan, dia sedang makan siang ketika mendengar suara gemuruh.

“Kami melihat gunung berapi meletus. Hujan dan beberapa kerikil jatuh ke tanah,” kata Jon Patrick Yen.

“Aku tidak berharap melihat tontonan seperti itu,” tambahnya.
Institut Filipina telah mendesak orang-orang yang tinggal di sekitar gunung berapi yang terletak di sebuah pulau di tengah danau Taal, serta dua kota terdekatnya yang “berisiko tinggi” untuk segera mengungsi.

Taal adalah salah satu gunung berapi terkecil di dunia. Meski begitu, gunung ini telah mencatat setidaknya 34 letusan dalam 450 tahun terakhir.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply