Habuan RM20,000 sebulan untuk membocorkan mesyuarat MT UMNO

Habuan RM20,000 sebulan untuk membocorkan mesyuarat MT UMNO
Melaka, MTN – Salah seorang daripada dua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikenal pasti sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat parti diadakan, didakwa menerima habuan RM20,000 setiap bulan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber mendedahkan, individu tersebut menerimanya sejak dua tahun lalu sebagai ganjaran menyalurkan sebarang maklumat berkaitan apa sahaja keputusan MT dan yang berlaku di peringkat bahagian.
Dakwanya, mereka juga dikatakan telah merekrut beberapa lagi ahli parti di peringkat bahagian seluruh negara untuk bersekongkol.
“Difahamkan mereka yang bersekongkol dengan individu ini dikatakan menerima habuan RM10,000 setiap bulan. Gerak kerja mereka ini telah berjalan sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” dakwanya.
Lebih mengejutkan, dakwa sumber itu, habuan yang diterima oleh mereka yang cuba mengkhianati UMNO, datang daripada seorang tokoh politik berpengaruh di negara ini.
Pendedahan itu adalah rentetan daripada ucapan sewaktu pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua-ketua bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah dekat sini Isnin lalu.
Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
Terdahulu Ahmad Zahid berkata, UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat MT kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas berang dengan sikap dua Ahli MT berkenaan kerana sanggup menyalurkan semua maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat.
“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti,’’ katanya yang mengusulkan ahli itu dipecat. [utusan]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu



