Mujahid: Pengkhianatan Adalah Hasil Daripada Penipuan

Mujahid: Pengkhianatan Adalah Hasil Daripada Penipuan
Kuala Lumpur, MTN – Langkah Sheraton pada 24 Februari tahun lalu bukan sekadar tentang keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, peristiwa yang membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) muncul sebenarnya menyentuh aspek maruah dan kehormatan manusia.
“Kita perlu ada kesedaran yang kuat kerana pengkhianatan itu adalah hasil daripada penipuan.
“Maka dia tipulah rakyat seperti kononnya kerajaan PH dikuasai DAP, Tabung Haji akan dijual dan sebagainya.
“Dalam pengkhianatan itu terkandung segala nilai buruk seperti menipu. Untuk khianat, perlu menipu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dalam Facebook Live semalam.
Sehubungan itu, Mujahid berkata, politik nilai tidak akan tercetus tanpa ada kesedaran dalaman untuk menentang pihak yang mengamalkan politik tidak berprinsip dan mengkhianati amanah yang telah diberikan.
“Ini soal hati nurani kita sebagai insan yang tidak mungkin menerima perkara-perkara yang menjejaskan kehormatan kita dan kita biarkan benda itu berlalu tanpa tindakan.
“Apatah lagi segala apa yang mereka di atas sana buat memberi kesan kepada kehidupan kita,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Langkah Sheraton yang membawa kepada keruntuhan kerajaan PH, sekali gus membolehkan kerajaan PN diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan pada 1 Mac tahun lalu.[MD]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri