Hanya DSAI Mampu Wujudkan Reformasi Malaysia
Sudah hampir 9 bulan berlalu, dimana terjadinya perubahan politik di Malaysia. Barisan Nasional (BN) yang berkuasa selama 60 tahun, akhirnya ditumpaskan oleh Pakatan Harapan (PH) lewat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Salah satu nilai berharga mengapa rakyat mahu memberi kemenangan untuk PH adalah kerana rakyat percaya PH mampu membawa perubahan yang bermakna buat negara dan rakyatnya, terutama dalam membongkar kes penyelewengan 1MDB oleh Najib Razak dan kroninya. Kes yang membuat Malaysia hampir hancur dan runtuh.
Pada saat kempen lala PH telah bersetuju menamakan mantan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamad, menjadikan dukungan rakyat kepada gabungan itu cukup ampuh dan kuat.
Kini selepas hampir 9 bulan berkuasa, kepercayaan rakyat atas kerajaan PH ini pun sudah mulai surut. Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang berlangsung minggu lalu, calon PH ditewaskan oleh calon BN yang berketurunan Orang Asli membuktikan rakyat tak lagi percayakan PH kerana sering dilihat meremehkan janji-janji yang termaktub dalam Manifesto gabungan itu untuk PRU14.
BN kembali mendapat sokongan rakyat, Parti Islam (PAS) juga semakin mesra mendampingi BN untuk menewaskan calon-calon yang dicalon PH pada PRK berikutnya di Selangor.
Masih percayakah rakyat kepada Tun M? Lebih memalukan Tun M yang juga turut berkempen di PRK CH meminta rakyat tak lagi percayakan BN tapi ternyata tak mampu merampas kerusi itu dari BN.
Apa sebenarnya yang dimahukan rakyat? Hal yang dimahukan oleh rakyat adalah projek Malaysia Baharu harus segera berjalan dan menampakkan hasil, paling tidak dilorongkan ke arah itu.
Malaysia baharu hanya akan terwujudkan dengan pemimpin yang punyai gagasan pembaharuan dan visi untuk Malaysia yang moden dan progresif, dan itu hanya mampu direalisasikan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim, “Sang Bapa Reformis”.