Instagram Siti Nurhaliza 7 Juta Followers

Instagram Siti Nurhaliza 7 Juta Followers
Kuala Lumpur, Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menjadi selebriti yang memiliki paling tinggi jumlah pengikut di laman sosial, Instagram (IG) iaitu 7 juta.
Meluahkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan, Siti, 41, menyifatkan penambahan jumlah menunjukkan pengikutnya menggemari setiap perkongsian yang dimuat naik dalam laman sosial.
“Alhamdulillah, Siti gembira mendapat tahu berita ini. Ia bermakna peminat sayangkan Siti dan sentiasa mahu mengambil tahu perkembangan diri.
“Akaun IG digunakan bagi tatapan peminat, selain merapatkan hubungan. Siti berkongsi perkembangan kerjaya, kehidupan peribadi bersama keluarga dan apa sahaja aktiviti yang dilakukan.
“Siti juga mahu menjadikan laman IG ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat kepada pengikut seperti berkongsi nasihat, kata-kata yang baik, bisnes, inspirasi dan jalinan silaturahim,” katanya kepada BH Online.
Tidak mahu akaun media sosialnya dicemari dengan aktiviti kurang sihat golongan ‘pembenci’, selain mengambil langkah berhati-hati, penyanyi Anta Permana itu memantau IG yang disifatkan sebagai rumah keduanya.
“Biasalah, tidak semua orang suka dan Siti akan berhati-hati dalam setiap perkongsian yang ingin dimuat naik. Siti anggap IG adalah rumah Siti.
“Jadi, apabila berada di rumah orang, kenalah ada adab dan tahu batasan.
“Sebelum menulis apa-apa, kita kena menilai terlebih dahulu apa yang dicoret supaya tidak meninggalkan kesan negatif kepada mana-mana pihak atau berlaku perkara berbangkit pada kemudian hari,” katanya yang kini sedang bercuti di Gold Coast, Australia bersama keluarga.
-Bharian
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



