Isu Azam Baki terus hangat, Konvoi Protes Selamatkan SPRM
Isu Azam Baki terus hangat, Konvoi Protes Selamatkan SPRM
Isu pemilikan saham membabitkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka terus menjadi topik hangat minggu ini.
Kehangatan isu itu dijangka bermula dengan Konvoi Protes Selamatkan SPRM yang dijangka berlangsung di Dataran Putrajaya pada jam 10 pagi hari ini.
Berdasarkan poster jemputan diterima pihak media, protes berkenaan dipercayai dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang sebelum ini dilapor telah membuat laporan polis terhadap Azam.
Gerakan tersebut juga dijangka menyentuh mengenai kenyataan terbaharu SPRM semalam yang diibaratkan seperti mencurahkan minyak ke dalam api apabila agensi yang sepatutnya berpendirian lebih tegas seolah-olah memberikan pembelaan lebih awal terhadap isu yang sedang mengundang kemarahan majoriti rakyat.
Kenyataan bersama dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi itu menyatakan pendirian mereka memberi sokongan terhadap Azam
Kenyataan itu juga menyifatkan tohmahan dan serangan dibuat terhadap Azam adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.
“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama,” menurut kenyataan yang dilaporkan semalam.
Perkembangan itu seterusnya mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kelihatan agak kurang senang dengan kenyataan terbaharu SPRM itu lalu mencadangkan seluruh kepimpinan agar SPRM disemak dan dirombak semula.
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka