Itali juara Euro 2020, tewaskan England 4-3

Itali juara Euro 2020, tewaskan England 4-3
London, MTN – Itali menundukkan tuan rumah England pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 di Stadium Wembley pada awal pagi Isnin.
England bermula rancak apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.
Itali cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke- 67 Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.
The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020.
Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti terakhir yang diambil oleh Bukayo Saka untuk memastikan kejuaraan kali kedua pasukan Gli Azzurri itu selepas trofi pertama dikecapi pada 1968.
Manakala, England pula terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk meraih kejuaraan Euro selain masih lagi gagal menamatkan kemarau 55 tahun tanpa sebarang trofi di pentas antarabangsa.
Dalam perlawanan itu, England terlebih dahulu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua melalui Luke Shaw yang menyudahkan hantaran lintang daripada Kieran Trippier.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu terus menguasai perlawanan pada separuh masa pertama selain berupaya mematahkan perancangan serangan yang cuba diatur oleh Itali.
Namun, bermula babak kedua, corak permainan bertukar tangan dengan Itali lebih banyak memegang bola dan mencipta peluang jaringan.
Usaha Itali akhirnya membuahkan hasil apabila Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 selepas memanfaatkan situasi kelam kabut dihadapan pintu gol England.
Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol kemenangan selepas 120 minit perlawanan.
Hasil akhir tendangan penalti Itali vs England (3-2).
🇮🇹 Italy become two-time EURO champions! #EURO2020 | #ITA pic.twitter.com/xT83qJlVpE
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 11, 2021
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia