JAWI Mengkaji Semula Larangan Solat Di Masjid India Bagi Warga Asing | Malaysia News
August 6, 2021

JAWI mengkaji semula larangan solat di Masjid India bagi warga asing

KualaLumpur, MTN – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa mengkaji semula larangan solat di Masjid India, Kuala Lumpur terhadap warga asing.

Mohamed Rafi Mohamed, 49, seorang rakyat tempatan yang berniaga di kawasan Masjid India berkata bahawa warga asing di Masjid India masih keliru dengan larangan solat Jumaat di masjid tersebut.

“Seperti kami kata sebelum ini, hanya Masjid India sahaja menghalang warga asing membuat solat Jumaat, sedangkan masjid lain tidak mengenakan larangan yang sedemikian.

“Di Masjid India, warga asing dibenarkan solat fardu lima waktu, solat sunat tarawih dan aktiviti pengimarahan di masjid solat. Ini yang kami keliru. Kenapa solat Jumaat sahaja dilarang,” katanya kepada Malaysiakini.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh dua lagi warga tempatan Nagoor Gany, 57 dan Akhbar Deen, 47.

“Kami bukan nak mencabar keputusan kerajaan. Tetapi, kami cuma nak warga asing diberi ruang membuat solat Jumaat lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.

Advertisement

“Kalau semua masjid lain boleh membenarkan, kenapa pihak pengurusan Masjid India enggan?

“Harap Jawi akan kaji semula garis panduan membenarkan warga asing membuat solat Jumaat,” kata mereka.

Untuk rekod, warga asing masih tidak dibenarkan menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi sebelum ini berkata ini berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan pada 18 Mac.

“Untuk makluman, buat masa ini solat Jumaat dan kapasiti jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardhu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Garis panduan ini berkuat kuasa mulai 18 Mac 2021 mulai solat fardhu Subuh hingga suatu ketetapan baharu dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,” katanya. [mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •