'Jika Semua Orang Pilih Muhyiddin, Saya Okey' - Tun Mahathir | Malaysia News

‘Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya okey’ – Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa kemungkinan Bersatu telah mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

Menurut Perdana Menteri Interim itu, beliau tiada masalah jika Presiden Bersatu itu dipilih menjadi Perdana Menteri baharu sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan majoriti.

“Kemungkinan perkara itu akan dibincangkan termasuk kemungkinan Muhyiddin menjadi calon (Perdana Menteri).

“Sekiranya semua orang memilih beliau, saya okey (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri, dan jika beliau menang dan dibawa ke Parlimen kemudian diberikan sokongan majoriti, beliau mempunyai hak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Agong akan melantik beliau dan beliau boleh mengangkat sumpah dan membentuk Kabinet,” demikian katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut.

“Jadi sesiapa sahaja yang menang saya akan terima,” katanya.
-Astroawani

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •