Joe Biden Bakal Lantik Muslim Pertama Sebagai Hakim Persekutuan AS | Malaysia News
June 20, 2021

Joe Biden bakal lantik Muslim pertama sebagai Hakim Persekutuan AS

MTN – Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah apabila seorang lelaki berketurunan Asia-Amerika bakal menjadi Muslim pertama yang akan memegang jawatan sebagai Hakim Persekutuan Mahkamah Daerah negara itu.

Portal tempatan AA melaporkan, Presidennya, Joe Biden sedang mempertimbangkan perkara itu.
Jika dipersetujui Senat, difahamkan Zahid Quraishi bakal mengisi jawatan itu di New Jersey.

Sebelas daripada calon hakim yang dikemukakan Biden, termasuk tiga wanita kulit hitam dan wanita Asian-Amerika, akan berkhidmat di Columbia serta Maryland.

Biden menjelaskan, pencalonan itu adalah dalam kalangan mereka yang terbaik dalam profesional undang-undang.

“Setiap daripada mereka mempunyai kelayakan serta bersedia menegakkan Perlembagaan dan bersifat adil,” katanya.

Advertisement

Quraishi yang berketurunan Pakistan itu dicalonkan sebagai Hakim Persekutuan, juga adalah muslim Amerika pertama menjadi hakim mahkamah majistret di daerah New Jersey pada Jun 2019.

Dilahirkan di New York dan dibesarkan di New Jersey, Quraishi mendapat pendidikan dari Sekolah UNdang-undang, John Jay College of Criminal Justice in 1997 dan mnelanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Rutgers Law School pada 2000.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong pendakwa raya AS di daerah New Jersey selain mempunyai pengalaman bertugas sebagai penolong ketua penasihat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. [AA]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •