Johor akan terima 1.9 juta dos vaksin covid-19 september ini – TMJ

Johor akan terima 1.9 juta dos vaksin covid-19 september ini – TMJ
Kuala Lumpur, MTN – Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan, Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini.
Kata Tunku Ismail, daripada jumlah itu, 1.76 juta adalah vaksin Pfizer.
“Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan September ini. Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer,” katanya melalui laman Twitternya.
Dengan jumlah dos itu, Tunku Ismail yakin seluruh rakyat Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi.
“Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi COVID-19,”ujarnya.
Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin Covid-19 pada bulan ini. Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer. Dengan jumlah dos ini saya yakin seluruh Bangsa Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi. pic.twitter.com/oNPYcPoPq7
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) September 1, 2021
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



