MTN – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah memberi jaminan akan menangguhkan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) sehingga kerajaan negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu berbangkit.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil malam tadi selepas pertemuan pimpinan tertinggi bersama dengan Amirudin dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor Hee Loy Sian.
“Dalam pertemuan itu, Biro Politik PKR telah menegaskan bahawa keputusan perlu berpegang kepada beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar dan kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimakan.
“Biro Politik berpuas hati setelah mendapat jaminan dari yang amat berhormat,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Mesyuarat juga diberitahu telah membangkitkan isu cadangan pembinaan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link).
Fahmi berkata, Menteri Besar telah menjelaskan bahawa PJD Link merupakan cadangan semula pihak swasta bagi menggantikan projek Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX), iaitu sebuah projek Kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan Negeri hanya terlibat dalam isu-isu berkaitan kelulusan tanah.
“Menteri Besar juga telah menjelaskan bahawa pihak PJD Link harus melaksanakan perundingan awam bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkaitan isu-isu teknikal serta kesan-kesan sosial yang mungkin timbul daripada projek ini.
Tambahnya, Menteri Besar juga memberi jaminan bahawa kerajaan negeri belum memberi apa-apa kelulusan berhubung PJD Link, dan pihak PJD Link wajib melalui proses pendengaran awam semula dengan semua pemegang taruh dan harus kembali kepada Kerajaan Negeri untuk proses-proses seterusnya. [MD]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar