Kabinet Anwar – Anwar Ibrahim PM dan Menteri Kewangan, Zahid dan Fadillah TPM
Kabinet Anwar – Anwar Ibrahim PM dan Menteri Kewangan, Zahid dan Fadillah TPM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof – yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) – sebagai timbalan perdana menteri.
Menurut Anwar, Zahid juga dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.
Anwar pula memegang portfolio kewangan.
Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku.
Anwar menekankan barisan kabinetnya sebagai jemaah kerajaan perpaduan dan berlandaskan beberapa prinsip untuk merangkumi “kekuatan induk” – iaitu PH, BN dan GPS – serta sokongan pihak lain seperti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Tiga tunggak ini (PH, BN dan GPS) telah sepakat bukan saja dalam membentuk jemaah menteri, tetapi menetapkan beberapa dasar utama, seperti tata kelola yang baik, dan juga keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Kesepakatan ini memungkina kita kemudian untuk melebarkan jaringan kepada GRS, selain Warisan dan Upko yang sedia ada.
“Ini bermakna kekuatan kerajaan perpaduan dalam Parlimen telah mencecah sekitar (majoriti) dua per tiga,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan penubuhan kumpulan penasihat yang akan membantu kerajaan, khususnya kementerian kewangan.
”Urusan kerajaan khususnya kementerian kewangan akan dibantu oleh beberapa nasihat yang tak akan mengambil upah, yang akan diketuai oleh penasihat (bekas CEO) petronas Hassan Merican,” katanya lagi.
Berikut adalah senarai penuh barisan kabinet:
Ketika membacakan senarai menteri, Anwar tertinggal Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar yang dilantik sebagai menteri sumber manusia.
Malaysiakini difahamkan Anwar telah memohon maaf kepada Sivakumar atas perkara itu.
Kabinet baru ini akan mengangkat sumpah pada jam tiga petang esok.
Berdasarkan pengumuman Anwar, seramai 15 menteri adalah daripada PH, dengan lapan dari PKR, diikuti DAP (empat), Amanah (dua) dan Upko (satu).
Sementara itu, BN pula diwakili enam menteri dengan kesemuanya dari Umno, sementara GPS dengan lima menteri. GRS pula diwakili seorang menteri.
Seorang lagi menteri, iaitu Dr Naim Mokhtar yang memegang portfolio agama – bukan dari mana-mana parti. Dia pada masa ini adalah Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah. [MK]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka