Kalau enggan buka Parlimen, Muhyiddin lebih baik undur – Anwar
Kalau enggan buka Parlimen, Muhyiddin lebih baik undur – Anwar
Kuala Lumpur, MTN – Perdana Menteri wajar letak jawatan sekiranya masih enggan mengadakan sidang Parlimen pada kadar segera.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu wajar dilakukan secara terhormat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa masih berdegil.
“Kalau enggan (buat sidang Parlimen segera) baik secara terhormat untuk selamatkan negara, ekonomi, penyelesaian masalah Covid-19 dirangka lebih baik..secara terhormat kamu lebih baik undur.
“Saya rasa itu pegangan Pakatan Harapan dan kebanyakan ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam video di media sosialnya hari ini.
Anwar juga kesal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat masih mahu ‘bersilat’ dengan permintaan istana.
“Ini gesaan kedua dari Istana Negara terkait sidang Parlimen. Jika kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab dan punya maruah, seharusnya gesaan itu dituruti pantas. Speaker juga gagal mainkan peranannya dengan baik,” katanya. [MG]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanDecember 13, 2024Nabila Razali amalkan zikir permudah bersalin
- NationalDecember 13, 2024Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir
- SukanDecember 12, 2024Harimau Malaya menang tipis 3-2
- NationalDecember 12, 2024Universiti Malaya lancarkan Allianz Centre for Governance