KPN sahkan Takiyuddin Hassan sedang disiasat – didakwa derhaka terhadap titah YDPA
KPN sahkan Takiyuddin Hassan sedang disiasat – didakwa derhaka terhadap titah YDPA
MTN – Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.
Acryl berkata siasatan itu dijalankan selepas pihak polis menerima laporan terhadap Takiyuddin.
“Siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.
Kenyataan itu hadir selepas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata bahawa pihak polis sedang menyiasat laporan terhadap Takiyuddin berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut laporan media, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur sebelum ini bagi meminta polis menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Agonh untuk menyegerakan sidang Parlimen.
Pada Rabu, Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Susulan itu, Takiyuddin dilaporkan berkata pandangan Seri Paduka berhubung persidangan Parlimen itu tidak memperincikan tarikh parlimen perlu bersidang. [MK]
Author Profile
Latest entries
- NationalJanuary 21, 2024Mirzan Mahathir dipanggil SPRM, Betamek terus beroperasi
- Top IssuesJanuary 20, 2024Lim Kit Siang: Adakah Mahathir nak kata Samy Vellu tak setia?
- TokohJanuary 20, 2024PM Anwar: Bukan senang mahu siasat Tun
- TokohJanuary 19, 2024YDPA berkenan rasmi lokasi Temerloh titik tengah Semenanjung