Tawaran kemasukan ke IPTA dan ILKA dijangka hujung Julai

Tawaran kemasukan ke IPTA dan ILKA dijangka hujung Julai
Kuala Lumpur, MTN – Keputusan tawaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 dijangka diperoleh hujung Julai ini.
Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi Wahi Nordin hari ini berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berusaha untuk mempercepatkan keputusan tawaran ke IPTA dan IKLA.
“Walaupun tarikh kemas kini dilanjutkan, KPT bersama IPTA dan ILKA akan berusaha mempercepatkan proses pemilihan,” ulas beliau ketika ditemuramah dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV.
Semalam, KPT mengumumkan permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga 2 Julai berbanding pada 21 Jun sebelum ini.
Mengulas mengenai pelanjutan tarikh kemas kini UPUOnline, Wahi berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira ada sesetengah calon masih berstatus ‘T’ iaitu belum menerima keputusan yang lengkap bagi mata pelajaran tertentu disebabkan faktor situasi COVID-19 ketika mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
“Kami memerlukan fail induk (keputusan yang lengkap) untuk dimuat naik dalam sistem UPUOnline bagi membuat pemilihan. Namun pelajar yang masih berstatus ‘T’ masih boleh mengisi dahulu UPUOnline dan memilih kursus yang bersesuaian dengan minat mereka sementara menunggu keputusan yang lengkap,” katanya.
Wahi juga berkata setakat ini pihaknya menerima 250,000 permohonan dan beliau menyeru calon SPM 2020 yang belum membuat permohonan untuk segera berbuat demikian.
Mengenai dakwaan bahawa seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) calon SPM 2019 yang gagal mendapat tawaran yang dimohon di sebuah IPTA dikatakan berpunca daripada keadaan fizikalnya, Wahi berkata tidak wujud sebarang diskriminasi terhadap sesiapa pun yang memohon dalam UPUOnline.
“Kursus yang akan ditawarkan adalah berdasarkan data yang diperolehi, termasuk kemudahan yang disediakan di sesebuah IPT berkenaan,” jelas beliau.
-Bernama
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia