KASIHAN TUN MAHATHIR (2)
Menjadi PM kali ke 2 pada umurnya 93 tahun
adalah satu keajaiban yg diberikan Allah.
Ramai orang kini sudah tidak kenal kepada Tun. Pola pemikiran mereka sudah terbentuk lama bahawa Tun masih sedang gilakan kuasa.
Aku berpandangan begini; Tun akan memberikan jawatan PM pada Anwar. Dia akan lakukannya. Ia diibaratkan seorang yg melontarkan sebiji bola kepada kita, ke arah kita. Persoalannya dapatkah kita menyambutnya?
Begitulah Tun kini sedang melontarkan bola itu kepada Anwar, persoalannya dapatkah Anwar menyambutnya?
Jika Tun sudah melontar, tapi Anwar tidak mampu menyambutnya, salah siapa?
Akan ada dua tuduhan biasa dalam politik, kononnya Tun sengaja melontar dgn cara salah (masih bermain politik) atau berlaku keadaan Anwar sendiri cuai tidak pandai menyambutnya.
Saya ingin percaya kepada lontaran jujur Tun. Dan saya juga ingin percaya kemampuan Anwar menyambutnya!. Begitupun, saya fikir Tun tidak akan cuai melakukannya, tapi Anwar mungkin. Di sini saya pada awalnya sedikit bimbang.
Perlu diingat sungguh-sungguh, Anwar sedikit keliru sejurus keluar dari penjara. Ada tingkah politiknya ketika itu seolah-olah masih mencurigai Tun. Ingat, saya ulangi, itu sembilan bulan yang lalu – bukan hari ini.
Apa yg berlaku hari ini pula? Sebagaimana yg saya katakan, Tun masih kukuh dengan pendiriannya. Anwar juga kelihatan semakin mengerti. Tun bukan Tun yang dulu. Strategi Anwar semakin pulih.
Siapa pula yg masih keliru? Atau menggelabah? Sebahagian penyokong Bersatu dan Pas!
Sebahagian ahli Bersatu tidak mahukan Anwar jadi PM.. Itu boleh dijangka kerana tentulah bg mereka PM dari Bersatu lebih baik dari PKR. Kedudukan mereka dalam kerajaan lebih selamat dan kukuh.
Tanpa sedar sebahagian mereka ini ‘menyokong’ usaha menggalakkan Tun untuk ‘mencampakkan’ Anwar sekali lagi! Mereka hanyalah orang-orang yg sedang keliru. Mereka rasa mereka kenal Tun. Tun yang dulu dan tidak pernah berubah.
Jika Tun ‘mencampakkan Anwar sekali lagi, mereka akan kekal berkuasa seperti Umno berkuasa dulu. Mereka ini jenis orang yang cepat lupa. Dulu, ketika dalam Umno, merekalah orang yang paling tidak dikenali ahli-ahli parti.
Satu lagi perkara mereka tidak sedar, kini sesudah menjadi adun dan ahli parlimen Bersatu pun, Tun masih ‘tidak kenal’ pun kepada mereka! Tun hamya memilih mereka jadi menteri hanya kerana mereka menang patlimen Bersatu. Itupun atas guna pakai panji Keadilan!
Apakah Tun akan mendengar hasutan ‘budak-budak’ tua ini untuk kepentingan politiknya sendiri?
Tidak.
Maka itu berkali-kali Tun memberitahu bahawa beliau tidak mahu apa-apa jawatan dan gelaran lagi dalam hidup ini. Seolah-olah Tun ingin memberitahu mereka itu bahawa aku Mahathir Mohamed kini tidak perlukan sokongan jahat kamu untuk aku berkuasa menongkat langit!
Menjadi PM kali ke 2 pada umurnya 93 tahun adalah satu keajaiban yg diberikan Allah. Melalui sokongan ikhlas pendokong-pendokong Keadilan dengan 1001 rasa berbaur antara setuju dan benci.
Ia adalah satu kematangan perjuangan para reformis, terbit dari rasa cinta kasih pada Anwar yang ketika itu terpenjara, satu pengorbanan yang tidak ternilai bagi Tun dari rakyat yang cintakan perwira mereka Anwar bin Ibrahim! Tun tahu dia jadi Perdana menteri kali kedua kerana itu.. kerana itulah!
Begitu juga dengan Pas di bawah Hj Hadi. Samada keliru atau menggelabah, mereka secara berjemaah kini memperkuatkan keyakinan sendiri, kononnya Anwar sedang merancang ingin menggulingkan Tun. Lalu mereka fikir Tun merasakan itu adalah hal yang penting. Pas tersilap di situ. Betul-betul silap.
Mereka pergi kepada Tun dengan harapan inginkan royalti minyak lalu mencagarkan surat sokongan kononnya akan berada di belakang Tun jika Tun digulingkan.
Tun tidak lagi gilakan kuasa peribadi!
Tun mahukan kemenangan rakyat.
Tun tahu dia dah tua, dah tak lama.
Sokongan terhadap kuasa peribadi itu sudah tidak berguna sama sekali. Dia kini adalah seorang Perdana Menteri yang menang tidak kerana Pas!
Sokongan (dibaca: pura-pura mengampu) terhadap kuasa peribadi adalah satu penghinaan terhadap diri seorang negarawan seperti Tun dihari ini. Ia datang dari orang-orang yang rakus. Hanya orang tua rakus menganggap orang tua lain juga rakus sepertinya.
Sudahlah..! Jangan jadi keliru lagi.
Sebahagian pendokong Bersatu yg ingin menjatuhkan Anwar, bertobatlah!
Sebahagian orang Pas yang merasakan Tun masih tergila-gilakan kuasa.. bertaubatlah!
Kepada pejuang PKR yang curiga, mari kembali pada kerangka yg lebih besar.. Sekali air bah, sekali pantai berubah.. kini masanya untuk membina sebuah negara baru.
Tun hanya ingin melihat mentari pagi 1 Januari 2020..
berdirinya sebuah negara yang cintakan rakyat dan rakyat yang cintakan negara.
Itu lebih bertamaddun dari kemajuan yang tidak bermoral dan rasuah.
Anwar berundinglah dengan Azmin dengan baik. Tun sendiri akan dibantu oleh Muhyiddin..dengan ikhlas.
Kemudian kita semua akan tetap pergi meninggalkan dosa-dosa kita di dunia ini mengadap Tuhan Allah Yang Maha Esa.. mudah-mudahan kita diampuni.
Author Profile
- Wahyu Basyir