Kebencian Mahathir Terhadap Najib Dan Anwar Tidak Kehabisan | Malaysia News

Kebencian Mahathir terhadap Najib dan Anwar tidak kehabisan

Kebencian Mahathir terhadap Najib dan Anwar tidak kehabisan

Kebencian Mahathir terhadap Najib dan Anwar tidak kehabisan

Kuala Lumpur, MTN – Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bertanding lagi di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau calon Bebas yang ditaja oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Ramalan itu dibuat oleh bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim kerana Bersatu adalah parti ciptaan Mahathir dan di situlah beliau akan berpijak untuk meneruskan kemarahan dan kebenciannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Zaid menyifatkan kemarahan dan kebencian Mahathir terhadap Najib adalah total dan tidak kehabisan.

”Saya kira kalaulah ada barometer yang boleh menjadi pengukur kebencian Dr. M terhadap Najib, ia akan menunjukkan tahap yang sama dengan kebencian Dr. M terhadap Anwar Ibrahim,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, kemarahan Mahathir terhadap Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB kerana beliau tidak pernah menghukum sesiapa pun termasuk dirinya sendiri kerana skandal kewangan.

Sebaliknya, kemarahan Dr Mahathir kepada Anwar kerana Presiden PKR itu enggan memberi laluan kepadanya memerintah sampai akhir zaman dan mengkritik cara autokratik beliau lalu menyiapkan diri itu mengambil alih pimpinan UMNO.

Zaid berkata, itulah punca kemarahan Dr. M yang tidak berakhir terhadap Anwar.

Kebencian dan kemarahan Mahathir terhadap Najib berpunca apabila Ahli Parlimen Pekan itu mahu menjadi Presiden UMNO dan perdana menteri yang agak bebas daripada arahan dan telunjuknya.

Malah, ada pihak percaya usaha mencari dana untuk UMNO yang tidak ada kaitan dengan Mahathir dan kawan-kawan beliau adalah sebab utama penubuhan 1MDB.

”Selagi UMNO terpaksa bergantung dengan Dr. M dan rakan-rakan, selagi itulah Presiden UMNO dan Perdana Menteri mesti tunduk kepada kehendaknya. Walaupun usaha 1MDB menjadi satu skandal, ianya berjaya mencapai matlamatnya iaitu bebas dari kewangan Dr. M. Ini bermula kebencian terhadap Najib dan peperangan Dr. M -Najib sehingga hari ini,” dedah Zaid lagi.

Katanya, Mahathir marah Najib kerana Najib menolak permintaannya untuk dana yang besar untuk Proton, selain usaha Najib menjual Proton kepada kumpulan luar yang dapat menghidupkan semula Proton dan menghentikan kerugian besar.

Namun, Mahathir tidak setuju dan hal ini didakwa punca kebencian kedua.

”Jambatan Bengkok atau Crooked Bridge dengan Singapura adalah satu lagi “toy” Dr. M. Dia marah bila Pak Lah menghentikan pembinaan Crooked Bridge. Lalu beliau mahu Najib teruskan idamannya itu. Najib juga menolak kerana pada masa itu Johor pun tidak setuju dengan pembaziran tersebut. Saya percaya faktor Mukhriz tidak kekal menjadi Menteri Besar Kedah ketika Najib berkuasa di pusat juga salah satu punca kemarahan Che Det.

”Saya bukan penganalisa politik, tetapi saya percaya banyak faktor yang menyebabkan UMNO tewas PRU14. Najib seorang diri tidaklah boleh memikul beban dan menjadi punca UMNO kalah.

”UMNO tewas kerana ianya terlalu lama di bawah pengaruh Dr. M. UMNO tidak dapat berubah dan tidak dapat menerima perubahan dan cara berpolitik yang progresif dan sihat di bawah Dr M. Yang didewa-dewakan ialah “Politik Machiavellian”, di mana kuasa mutlak diutamakan dan prinsip diketepikan. Semua cara untuk mengekalkan kuasa dihalalkan kerana tidak ada moral dan integriti diperlukan,” menurutnya.

Zaid berkata, ‘penyakit’ ini berleluasa dalam Bersatu dan cara ianya bergerak secocok dengan Mahathir yang dulu. [MG]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply