Kehendak Rakyat - Kehendak Tuhan, Sokongan Terhadap DSAI Tidak Dapat Dihentikan | Malaysia News

Kehendak Rakyat – Kehendak Tuhan, Sokongan Terhadap DSAI Tidak Dapat Dihentikan

Kehendak Rakyat – Kehendak Tuhan, Sokongan Terhadap DSAI Tidak Dapat Dihentikan

Kehendak Rakyat – Kehendak Tuhan, Sokongan Terhadap DSAI Tidak Dapat Dihentikan

Takdir Tuhan sesungguhnya tidak dapat ditentang. Walaupun berulangkali cuba dipintas oleh sekumpulan pengkhianat, nasib yang ditakdirkan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kelihatan tidak berubah.

Perlahan-lahan, selepas UMNO dan PAS menarik sokongan kepada Tun Mahathir, Gabungan Pakatan Harapan (PKR + DAP + AMANAH) dengan tegas menyatakan sokongan ke atas DSAI.

Oleh itu, DSAI secara rasminya telah mempunyai sokongan sejumlah 92 Ahli Parlimen. Sokongan ini akhirnya menjadikan DSAI sebagai calon paling kuat dari kalangan beberapa nama yang lain.

Malah di Istana Agong, tidak ada sebarang bantahan ke atas ketokohan DSAI. Selain dari faktor persahabatan (mereka telah lama berkawan), DSAI memang merupakan orang yang mempunyai sokongan yang kuat di kalangan rakyat.

Lebih-lebih lagi, Agong pastinya tidak mahu polemik politik yang sedang berlaku di Malaysia kini akan terus berlanjutan dan tidak berkesudahan. Menurut sumber di Istana, Yang di-Pertuan Agong berharap kerajaan Pakatan Harapan akan terus berkhidmat sehingga akhir penggal, agar agenda dan kepentingan rakyat dapat diteruskan.

Atas sebab ini, Agong nampaknya seperti sudah mengabaikan idea membubarkan parlimen sebagaimana yang dicadangkan oleh PAS dan UMNO. Agong pastinya akan memilih untuk memberi tumpuan kepada sokongan yang sebenar buat memantapkan kerajaan.

Selasa esok, masih ada berbaki 132 ahli Parlimen yang akan membentangkan pilihan politik mereka kepada Agong. Dan, tentu saja masih ada lebih ramai anggota Parlimen yang akan bersikap jujur dengan memilih DSAI daripada pembubaran parlimen.

Kali ini, kuasa Tuhan dan kehendak rakyat terhadap DSAI tidak akan dapat dihentikan.
-RaheemArshavin

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply