Kekalahan PH referendum rakyat terhadap pentadbiran Dr M
Kekalahan PH referendum rakyat terhadap pentadbiran Dr M
Keputusan PRK Tanjung Piai – di mana Pakatan Harapan (PH) kalah besar di tangan BN – adalah referendum terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Keputusannya paling jelas. Rakyat kecewa dan mahu ajar PH, khususnya Dr Mahathir.
“Beliau harus tahu apa yang patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi,” kata Syed Husin Ali (Bekas timbalan presiden PKR) di Twitter.
Ini referendum terhadap PH pimpinan TunDrM. Keputusannya paling jelas. Rakyat kecewa dan mahu ajar PH khususnya TunDrM. Beliau harus tahu apa yg patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi!
— Syed Husin Ali (@syedhusinali) November 16, 2019
Syed Husin pada September lalu, mengecam Mahathir kerana tidak menggariskan pelan peralihan kuasa secara jelas dan mempersoalkan pemimpin PH kerana menurutnya tidak lagi mampu berdepan dengan Mahathir.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Mahathir berkenaan tidak mampu menjamin kemampuan penggantinya dalam melaksanakan tanggungjawab dengan baik, sebagai “pengkhianatan dan penghinaan kepada PH”.
Syed Husin mendakwa Mahathir “telah kembali kepada autoritarinisme”.
“Mahathir sudah menjadi dirinya yang dulu, terutama beberapa bulan kebelakangan ini. Mahathir yang dulu bermakna dia diktatorial atau autoritarian,” katanya.
Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti besar, iaitu 15,086 undi.
Beliau mendapat 25,466 undi manakala calon PH Karmaine Sardini hanya 10,380 undi.