Kemelut Politik Perak berakhir hari ini?

Kemelut Politik Perak berakhir hari ini?
IPOH – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak dijangka akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.
Menurut sumber Pas Perak, mereka dijangka akan menghadap Sultan Nazrin sekitar jam 4.30 petang nanti.
Katanya, pertemuan itu akan menyembah maklum keputusan muktamad yang dicapai kedua-dua parti berhubung pembentukan kerajaan Perak.
“Alhamdulillah, kita mencapai kata sepakat. Insya-ALLAH, masalah (pembentukan kerajaan) selesai,” katanya ringkas kepada Sinar Harian hari ini.
Semalam sumber tersebut memaklumkan hari ini pertemuan khas diadakan di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pertemuan tersebut diadakan bagi berunding untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di Perak.
[SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah





