Liu Ying Akan Mengubah Kaedah Latihannya Untuk Mengejar Slot Olimpik Tokyo | Malaysia News
February 24, 2024

Liu Ying akan Mengubah Kaedah Latihannya untuk Mengejar Slot Olimpik Tokyo

Liu Ying akan Mengubah Kaedah Latihannya untuk Mengejar Slot Olimpik Tokyo

Kuala Lumpur, MTN – Pemain badminton profesional beregu campuran negara Goh Liu Ying menyedari beliau perlu merombak kaedah latihan berikutan pandemik COVID-19 dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo, yang ditunda ke tahun hadapan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 berkata beliau merasa gembira selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia membantu dia dan rakan seberegu, Chan Peng Soon untuk memburu slot ke Olimpik dengan menyediakan bantuan latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, biarpun kedua-dua mereka tidak lagi dalam skuad kebangsaan.

“Olimpik Tokyo yang dinanti-nanti perlu ditunda untuk selama setahun, bahkan tiada peluang untuk ke luar negara. Semua rancangan awal saya perlu diubah buat sementara waktu, latihan harian dan penajaan juga terkesan, “ katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan penaja beliau, Li Ning hari ini.

Liu Ying turut berterima kasih kepada Li Ning di atas sokongan mereka yang berterusan biarpun beliau dan Peng Soon tidak dapat menyertai pertandingan antarabangsa kerana pandemik COVID-19.

Terdahulu, beliau menyertai Sesi Bersenam Maya Secara Langsung dengan 200 peserta yang merupakan kerjasama antara Li Ning dengan Sunway Pals, satu program kesetiaan ditawarkan Kumpulan Sunway kepada pelanggannya.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply