Petronas Gas Telah Meluaskan Bekalan Stim Kepada Poliplastics Milik Jepun | Malaysia News

Petronas Gas Telah Meluaskan Bekalan Stim Kepada Poliplastics Milik Jepun

Petronas Gas Telah Meluaskan Bekalan Stim Kepada Poliplastics Milik Jepun

Kuala Lumpur, MTN – Petronas Gas Bhd (PGB) telah melanjutkan pembekalan stim kepada syarikat milik Jepun, Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd (PAP), perniagaan baharu yang diperoleh susulan perjanjian yang dimeterai tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PGB, Kamal Bahrin Ahmad berkata rekod prestasi PGB yang unggul dalam memberikan kebolehpercayaan kepada pelanggan sedia ada serta harga yang kompetitif telah menjadikan kerjasama jangka panjang itu dapat dilaksanakan.

Beliau berkata syarikat itu menyasarkan untuk menjadi rakan penyelesaian terbaik kepada pelanggannya dan pada masa sama meneruskan prestasi operasi yang baik di semua asetnya di seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan PAP, Yoshimitsu Shirai berkata, “Kami gembira menerima bekalan stim pertama daripada pemilik infrastruktur, PGB, yang menandakan fasa baharu kami dalam komitmen untuk melayani pelanggan kami.”

Pada April 2019, kedua-dua PGB dan PAP memeterai dua perjanjian jual beli jangka panjang secara berasingan bagi pembekalan stim baharu dan sambungan bekalan elektrik sedia ada antara kedua-dua pihak.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply