Kerajaan Brunei Bantu Bawa Pulang Rakyat Malaysia Kandas di Mesir
Kerajaan Brunei Bantu Bawa Pulang Rakyat Malaysia Kandas di Mesir
Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan Brunei bersetuju membenarkan sebahagian rakyat Malaysia yang terkandas di Kaherah, Mesir, untuk menaiki pesawat negara berkenaan, selaras dengan misi repatriasi rakyat mereka, yang dijadualkan berlepas dari Kaherah esok.
Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar berkata, keputusan itu dicapai menerusi komunikasi antara Menteri Luar Hishammuddin Hussein dengan Menteri Luar Negeri II Brunei, semalam.
“Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, sedang berkomunikasi rapat dengan pihak Kedutaan Besar Brunei di Kaherah, mengenai pelan repatriasi ini.
“Sehingga hari ini, seramai 86 orang rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di Kaherah, Mesir. Namun disebabkan kapasiti penerbangan Brunei yang terhad, hanya 51 orang rakyat Malaysia sahaja dibolehkan menaiki penerbangan tersebut,” katanya pada sidang media, perkembangan terkini proses repatriasi rakyat Malaysia di luar negara secara langsung, di Facebook rasmi Wisma Putra hari ini.
Kamarudin berkata, keutamaan diberikan kepada warga emas dan pelancong rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air.
Penerbangan dijangka tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei, pada 8.40 pagi, Ahad. [Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri