Kerajaan Jangan Langgar Batasan Walaupun Sudah Meterai MoU PH | Malaysia News
December 14, 2024

Kerajaan jangan langgar batasan walaupun sudah meterai MoU PH

Kerajaan jangan langgar batasan walaupun sudah meterai MoU PH

Kerajaan jangan langgar batasan walaupun sudah meterai MoU PH

Kuala Lumpur, MTN – Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata terdapat batasan yang tidak boleh dilanggar oleh kerajaan dan parti pembangkang, misalnya menjadikan Malaysia lebih kleptokrat, kuku besi dan tidak demokratik.

Lim berkata demikian merujuk kepada perjanjian memorandum persefahaman (MOU) kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 13 September.

Menurut veteran DAP itu, memorandum yang ditandatangani boleh saja gagal, namun kegagalan tersebut tidak boleh berpunca daripada PH yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

“Satu persoalan yang kerap ditanya dalam mesyuarat zoom DAP di seluruh negara adalah sama ada memorandum persefahaman keyakinan-perbekalan-reformasi (CSR) di antara perdana menteri Ismail Sabri dan Pakatan Harapan boleh gagal.

“Ya, memorandum CSR ini mungkin akan gagal, kerana kerajaan Ismail Sabri ini bukanlah sebuah kerajaan Pakatan Harapan, tetapi sebarang kegagalan ini tidak boleh disebabkan oleh parti-parti Pakatan Harapan yang tidak memenuhi komitmen kita di bawah memorandum ini.

“Memandangkan parti-parti PH telah memberikan komitmen kita kepada memorandum ini, kita perlu mempunyai integriti, kejujuran, dan prinsip untuk memastikan kita terus memenuhi janji kita di bawah MOU ini,” kata Lim pada satu kenyataan hari ini menjelaskan sudah pasti akan ada perbezaan antara kerajaan dan PH.

Lim antara pemimpin PH yang menyokong MOU itu kerana dia percaya ia akan menjadi ‘gencatan politik’ selama 10 ke 18 bulan, satu tempoh masa yang diperlukan untuk menangani pandemik Covid-19 dan melakukan perubahan institusi serta reformasi parlimen.

Memorandum itu, termasuk janji Ismail melaksanakan mengenai senarai panjang reformasi parlimen dan pentadbiran.

Sebagai pertukarannya, PH pula dalam MOU itu berjanji untuk tidak menjatuhkan Ismail Sabri melalui parlimen dan menyokong rang undang-undang Belanjawan 2022.

Pembaharuan, yang disenaraikan dalam ‘Memorandum Persefahaman tentang Transformasi dan Kestabilan Politik’ juga merangkumi janji kerajaan untuk berunding dengan PH untuk Belanjawan 2022 dan menggubal undang-undang mencegah penggubal undang-undang melompat parti.

Pelaksanaan reformasi yang disenaraikan dalam memorandum itu akan dipantau oleh sepuluh orang anggota jawatankuasa pengarah rentas parti yang akan bermesyuarat dua minggu sekali.

Pun begitu, Lim berkata dia berbesar hati melihat Ismail Sabri mula melaksanakan pelbagai cadangan dalam MOU itu “terutamanya yang berkaitan dengan wabak Covid-19 yang merupakan satu petanda yang baik.”

“Namun, terdapat ‘garis merah’ (batasan) yang tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak, misalnya, membiarkan Malaysia menjadi lebih kleptokratik, lebih autokratik, atau semakin tidak demokratik,” katanya.

Lim juga mengulas usaha kerajaan memastikan kebebasan kehakiman dan menggubal undang-undang antilompat parti.

“Saya percaya, jaminan kebebasan sistem kehakiman ini sahaja sekalipun telah membantu menegaskan komitmen terhadap masyarakat Malaysia yang berpegang kepada prinsip perlembagaan dengan kebebasan sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

“Perkara ini semestinya akan melibatkan pelbagai usaha, kita mulakan usaha-usaha ini dengan MOU CSR, dan Jawatankuasa Pemandu memorandum CSR,” katanya lagi. [MK]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply