Rakyat dapat manfaat daripada MoU PH dan Kerajaan

Rakyat dapat manfaat daripada MoU PH dan Kerajaan
Kuala Lumpur, MTN – Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa manfaat pertambahan Tabung Covid-19 dan peningkatkan had statutori hutang negara merupakan bahagian penting daripada Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Transformasi dan Kestabilan yang telah dilakukan oleh PH untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian mereka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebelum ini cadangan-cadangan itu ditolak oleh kerajaan tetapi kini diterima sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan.
“Cadangan Kementerian Kewangan untuk menambah Tabung Covid-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion menjadi RM110 bilion dan meningkatkan had statutori hutang negara daripada 60% kepada 65% Keluaran Dalam Negara Kasar akan membantu menyokong rakyat dan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana semasa pembukaan semula ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kejayaan atau kegagalan MOU itu antara perdana menteri dan empat pemimpin tertinggi PH di Dewan Parlimen pada 13 September lalu bergantung kepada apakah ia dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dijanjikan mengikut aturan masa yang ditetapkan.
Tetapi di sebalik cabaran ini, katanya, rakyat akan mendapat manfaat langsung daripada pelaksanaan MOU terutamanya Pelan Reset Covid-19 negara untuk memerangi pandemik dan Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion serta pengecualian pembayaran faedah selama tiga bulan selama moratorium pinjaman bank untuk 50% penduduk Malaysia yang terbawah.
Katanya, pengumuman baru-baru ini oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang melaksanakan langkah-langkah ini adalah hasil kejayaan pertama kepada rakyat yang mendapat manfaat daripada MOU ini. [MG]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia