Kerajaan Komited Dapatkan Semula Aset 1MDB
Kerajaan Komited Dapatkan Semula Aset 1MDB
Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan tetap komited untuk mendapatkan semula semua aset yang dimiliki 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam usaha untuk menzahirkan objektif tersebut, kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi.
“Mendapatkan semula aset 1MDB secara berkesan tetap menjadi keutamaan bagi kerajaan Malaysia.
“Diketuai oleh Jabatan Peguam Negara, kerajaan juga sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Goldman Sachs Group Inc,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Tengku Zafrul berkata, pihaknya berharap agar perbincangan berkenaan akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.
“Minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc telah hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan.
“Yang lebih penting adalah komitmen penuh kerajaan untuk memastikan pemulangan aset berkenaan selain bersedia mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi rakyat Malaysia,” ujarnya.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri