Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai
Kuala Lumpur, MTN – Barisan Kabinet Perikatan Nasional telah melepaskan jawatan masing-masing hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Menurut beliau, peletakan jawatan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Terima kasih di atas peluang berkhidmat kepada negara. Semoga Allah memelihara Malaysia,” katanya menerusi Twitter.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebentar tadi berkata, ‘mesyuarat Kabinet terakhir’ Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai. [MG]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



