Agong Terima Peletakan Jawatan PM Muhyiddin Dan Jemaah Menteri | Malaysia News
Muhyiddin Yassin

Agong terima peletakan jawatan PM Muhyiddin dan jemaah menteri

Kuala Lumpur, MTN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda turut berkenan untuk melantik Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka telah berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik,” kata kenyataan yang dikeluarkan istana.

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •