Pemimpin Sejati, Dikhianati Tapi Mampu Berterimakasih | Malaysia News

Pemimpin Sejati, Dikhianati Tapi Mampu Berterimakasih

Anwar Ibrahim

Pemimpin Sejati, Dikhianati Tapi Mampu Berterimakasih

Kuala Lumpur, MTN – Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi hantarannya di Facebook berkata, keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini.

“Keputusan Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Yassin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.

“Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan (tentangan) kesihatan dan ekonomi saat ini.

“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin selaku Perdana Menteri serta jemaah menteri berkuat kuasa hari ini.

Muhyiddin meletak jawatan selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan PH.

Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa ahli parlimen yang menang dengan tiket PH pada PRU lalu untuk kembali bersama gabungan itu agar mandat rakyat dapat kembali dilaksanakan.

“Apa yang telah berlaku sebelum ini biarkan ia berlalu dan kita cipta sejarah untuk bina semula negara tercinta ini.

“Dalam menghadapi situasi getir seperti ini, jiwa besar amat diperlukan kerana tidak ada yang benar-benar diharapkan oleh rakyat melainkan kesihatan dan ekonomi rakyat kembali pulih.

Apabila mandat rakyat dalam PRU lalu dikembalikan dan institusi parlimen dihidupkan, maka tidak ada sesiapa yang ketinggalan kerana peranan dan pandangan pembangkang akan turut diambil kira dalam menguruskan Malaysia untuk keluar daripada kemelut kesihatan kembali membina semula ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada Februari tahun lalu, Bersatu bertindak keluar daripada PH untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama BN, PAS, GPS, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star).

Bagaimanapun enam ahli parlimen parti itu tidak menyertai gabungan itu.

Selain itu, PN juga merangkumi sejumlah ahli parlimen PKR yang sama ada keluar daripada parti itu atau dipecat.

Di pihak DAP pula, setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata Muhyiddin mengambil langkah yang betul berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Selama 17 bulan berkuasa, Muhyiddin ada berusaha tetapi tidak mampu menangani krisis tiga serangkai iaitu wabak Covid-19, kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik.

“Perdana menteri yang baru menghadapi cabaran besar dan perlu melakukan tugas yang jauh lebih baik untuk menangani krisis ini, terutama demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian yang terjejas teruk,” katanya dalam kenyataan.

Selain mempercepat program vaksinasi, Lim berkata satu pelan ‘reset’ diperlukan bagi peralihan perangkaan dasar daripada pembendungan wabak kepada mitigasi, dalam persediaan ke arah keperluan untuk “hidup bersama” virus tersebut.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply