Kes Goldman Sach, Guan Eng: 'Saya Tunggu Jawapan Kerajaan Kepada Tommy' | Malaysia Top News
October 1, 2020

Kes Goldman Sach, Guan Eng: ‘Saya Tunggu Jawapan Kerajaan Kepada Tommy’

Kuala Lumpur, MTN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak akan memberi sebarang kenyataan sekarang berhubung kontroversi penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs. Sebaliknya, beliau mahu menunggu maklum balas Menteri Kewangan atau Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kenyataan Tan Sri Tommy Thomas.

Bekas Menteri Kewangan itu memberi reaksi sedemikian susulan kenyataan Tommy berhubung penyelesaian sebanyak AS$2.5 bilion oleh Goldman Sachs kepada Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mempertahankan tindakan PN menerima pembayaran wang tunai AS$2.5 bilion itu, sedangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat tuntutan sebanyak AS$7.5 bilion.

Ini bermakna PN hanya menerima satu pertiga daripada tuntutan asal.

Tommy yang mengulas mengenai penyelesaian oleh Goldman Sach berkata, beliau mendakwa Goldman Sachs pada bulan Disember 2018 dan pertudujan dikenakan terhadap 17 pengarah pada bulan Ogos 2019.

Bekas Peguam Negara itu berkata, Malaysia mempunyai kes yang sangat kuat terhadap semua tertuduh, yang akan dibuktikan pada perbicaraan.

Malaysia yakin jika disabitkan kesalahan, selain menghantar tertuduh-tertuduh ke penjara, Goldman Sachs dan individu yang dituduh boleh dikenakan bayaran pampasan.

Tommy berkata, mahkamah boleh memerintahkan pampasan atau ganti rugi untuk mencerminkan kerugian Malaysia daripada terbitan tiga bon yang telah dirancang dan disusun oleh Goldman Sachs.

Mana-mana peguam akan memberi nasihat bahawa pengaruh yang akan dimiliki oleh kliennya, sama ada sebagai penggugat dalam proses sivil atau sebagai pendakwa dalam prosiding jenayah, adalah untuk memulakan perbicaraan dengan publisiti negatif maksimum terhadap pihak yang merugikan.

Tambah Tommy lagi, tidak ada alasan objektif untuk mencapai penyelesaian pada saat ini.

Apa yang seharusnya terjadi adalah memulakan perbicaraan jenayah terhadap Goldman Sachs dan para pengarahnya.

Dari perspektif Malaysia, setiap penyelesaian seharusnya hanya berlaku di tengah perbicaraan atau setelah keputusan diumumkan.

Justeru, katanya, PN amat tergopoh-gapah menyelesaikan isu ini dengan bersetuju untuk menerima hanya satu pertiga daripada tuntutan asal AS$7.5 bilion sedangkan jumlah yang lebih banyak boleh diperolehi apabila kes dibicarakan nanti.

Ini kerana, menurut Tommy aset 1MDB "tambahan" yang dikembalikan kepada negara sebanyak AS$1.4 bilion sebenarnya bukan datang daripada Goldman Sachs tetapi daripada usaha Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, yang telah merampas aset tersebut tanpa bergantung kepada bank itu.

Oleh itu, Goldman Sachs elah melepaskan diri daripada tanggungan salahlaku bersubahat dengan pemimpin Malaysia dan kroni mereka dengan hanya membayar satu pertiga atau AS$2.5 bilion daripada tuntutan asal AS$7.5 bilion.

Bertentangan dengan apa yang didakwa Menteri Kewangan, katanya, PN sebenarnya mengambil tindakan populis dan tidak pragmatik apabila kerajaan dengan tergopoh-gapah menuntut bayaran awal yang jauh lebih rendah.

Tindakan pragmatik yang dinyatakan Tommy ialah menunggu sehingga perbicaraan jenayah ke atas Goldman Sachs bermula agar dapat bayaran wang tunai secara langsung yang lebih besar dan wajar. [mg]

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •