Ketegangan Dalam PH, Pemimpin PKR Diminta ‘Kunci Mulut’
Ketegangan Dalam PH, Pemimpin PKR Diminta ‘Kunci Mulut’
Para pemimpin PKR telah diberitahu untuk tidak bercakap dengan media di tengah-tengah ketegangan dengan parti komponen PH yang lain.
Malaysiakini difahamkan satu pesanan dihantar ke kumpulan Whatsapp Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang memaklumkan anggotanya untuk tidak membuat kenyataan terbuka.
“Peringatan kepada semua MP, Adun dan anggota MPP. Sila elak dari bercakap dengan media buat sementara waktu, atau sehingga mendapat clearance (kebenaran) dari presiden (Anwar Ibrahim) atau SUA (setiausha agung, Saifuddin Nasution Ismail),” menurut pesanan itu yang dilihat Malaysiakini.
Pesanan itu dikatakan dihantar oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pada Sabtu lalu.
Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau tidak boleh mengulas berkenaannya. “Saya tak boleh komen tentang perkara itu,” katanya.
Bagaimanapun sumber dalaman PKR yang enggan dinamakan ekoran pemberitahuan tersebut, memberitahu Malaysiakini bahawa ia bertujuan mengelakkan hubungan parti itu dengan Amanah dan DAP terus bermasalah.
Terdahulu, Amanah dan DAP memberi tekanan kepada Anwar untuk mempertimbang Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika PH mampu mengambil semula kerajaan persekutuan.
Ia selepas Anwar dikatakan gagal mendapat sokongan anggota Parlimen daripada Sabah dan Sarawak yang amat penting bagi meraih majoriti di Dewan Rakyat.
Sejumlah pihak berkata Mahathir adalah pilihan yang lebih diterima blok Sabh dan Sarawak, terutama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memiliki 18 anggota Parlimen.
Ia menyebabkan beberapa pemimpin PKR mengkritik Amanah dan DAP kerana tidak bersama-sama Anwar.
Bagaimanapun, kedua-dua parti itu berkata mereka masih menyokong Anwar sebagai perdana menteri tetapi mahu Mahathir memimpin selama enam bulan sebelum peralihan kuasa dibuat.
Semalam Anwar berkata pertimbangan telah dibuat berhubung kemungkinan Mahathir sebagai perdana menteri, tetapi anggota Parlimen Bersatu itu juga seperti tiada sokongan yang cukup untuk membentuk majoriti di Dewan Rakyat.
Katanya, walaupun ada kenyataan-kenyataan “menyinggung dan melukakan” dibuat, PH tetap kukuh.
Kerajaan PH tumbang pada akhir Februari lalu apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripaga PH.
Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang baru pada 1n Mac selepas Mahathir enggan mengetuai gabungan baru yang dianggotai Bersatu, bekas ahli Parlimen PKR, BN, PAS, GPS, PBS dan Star.
Bagaimanapun beliau hanya ada majoriti tiga kerusi di Dewan Rakyat.
Mahathir bersama-sama PH dan Warisan dalam usaha merampas semula kerajaan tetapi ia berdepan masalah ekoran kebuntuan antara Mahathir dan Anwar. [MK]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka